Hamas sahkan kematian Mohammad Deif

GAZA – Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam, mengesahkan pada Khamis bahawa Ketua Panglima Tenteranya, Mohammad Deif, telah terbunuh dalam serangan rejim Israel.

Jurucakap kumpulan Hamas, Abu Ubaidah menerusi satu kenyataan yang disiarkan di televisyen bahawa enam lagi anggota majlis ketenteraan Briged Al-Qassam turut sama terbunuh bersama Deif.

Menerusi kenyataan itu, antara yang terbunuh ialah Timbalan Komander , Marwan Issa, serta komander kanan Ghazi Abu Tamah, Raed Thabit, Rafi Salama, Ahmad Ghundour, dan Ayman Nofal.

Abu Ubaidah berkata bahawa kumpulan itu sebelum ini telah mengumumkan kematian Ahmad Ghundour, komander Briged Gaza Utara, dan Ayman Nofal, komander Briged Tengah, semasa serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Beliau menambah bahawa pengumuman itu hanya dibuat selepas melengkapkan prosedur yang diperlukan, menangani kebimbangan keselamatan berdasarkan keadaan medan perang, dan mengesahkan butiran.

Kenyataan itu dikeluarkan lebih tujuh bulan selepas tentera Israel mendakwa telah membunuh Deif di Gaza.

Media sebelum ini telah melaporkan kematian Deif, tetapi pengumuman pada Khamis adalah pengesahan rasmi pertama daripada Hamas mengenai kematian pemimpin kanan itu.

Komander Deif dianggap sebagai pegawai nombor dua Hamas di Gaza, di belakang Yahya Sinwar, pemimpin kumpulan itu di wilayah tersebut yang juga dibunuh oleh tentera Israel tahun lalu.

Hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tahun lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Deif, bersama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.

Deif diketahui telah membantu merancang pembinaan terowong yang membolehkan pejuang Hamas memasuki Israel dari Gaza.

Beliau juga dikaitkan sebagai tulang belakang di sebalik mereka bentuk senjata ikonik Hamas, roket Qassam, lapor Anadolu.

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah