Pasukan penyiasat belum jumpa kotak hitam nahas Black Hawk – America Airlines

WASHINGTON – Penyiasat masih belum menemukan perakam data penerbangan dari pesawat dan helikopter tentera yang terlibat dalam perlanggaran maut di udara berhampiran ibu negara Amerika Syarikat (AS), Washington DC, lapor Agensi Anadolu.

“Kami tahu ia ada di sana. Ia berada di dalam air. Ini bukan perkara luar biasa bagi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB).

“Kami telah banyak kali menemukan perakam data penerbangan di dalam air,” kata Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy dalam satu taklimat di Reagan National Airport (DCA), Washington.

NTSB ialah agensi penyiasatan kerajaan bebas yang bertanggungjawab menyiasat kemalangan pengangkutan awam.

Pada Rabu malam, sebuah pesawat penumpang American Airlines dan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat AS bertembung di udara berhampiran lapangan terbang itu.

Pesawat membawa 60 penumpang dan empat anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Kansas.

Helikopter itu pula yang sedang dalam penerbangan latihan, membawa tiga anggota tentera.

Kedua-dua pesawat itu terhempas ke dalam Sungai Potomac.

Presiden AS, Donald Trump semalam mengesahkan bahawa tiada yang terselamat dalam nahas itu ketika pihak berkuasa meneruskan siasatan bagi mengenal pasti puncanya.

Homendy berkata, agensinya akan memberi ruang kepada pasukan penyelamat menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan terhadap perlanggaran udara itu.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM