Gaza hadapi krisis kekurangan bekalan perubatan selepas gencatan senjata, hospital lumpuh

KEKURANGAN bekalan perubatan dan ubat-ubatan yang teruk di Semenanjung Gaza menjadikan rawatan menyelamatkan nyawa semakin sukar, kata Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Selasa.

Jurucakapnya, Tommaso Della Longa memberitahu taklimat PBB di Geneva bahawa pasukan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) telah bertindak balas terhadap 150 kematian, termasuk kanak-kanak, serta 179 lagi yang cedera dalam serangan Israel sepanjang malam.

Palang Merah Antarabangsa memberi amaran bahawa banyak kemudahan perubatan di Gaza mengalami ‘tekanan yang melampau’ melebihi kapasiti mereka selepas serangan terbaharu Israel, sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kekurangan bekalan ubat di wilayah itu.

Rakan-rakan dari Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) melaporkan bahawa banyak kemudahan perubatan tidak dapat menampung jumlah pesakit di seluruh Gaza.

Della Longa berkata kemudahan perubatan bergelut dengan jumlah pesakit yang tinggi serta tekanan akibat bekalan perubatan yang semakin berkurangan.

“Terdapat kekurangan makanan, bekalan dan bahan api malah pasukan PRCS sedang menilai kesan kekurangan bahan api terhadap perkhidmatan ambulans dan usaha membawa petugas kecemasan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau turut menekankan bahawa kekurangan peralatan perubatan dan ubat-ubatan di hospital dan klinik menjadikan usaha memberikan rawatan yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa semakin sukar.

Sementara itu, jurucakap WHO, Tarik Jasarevic memberi amaran bahawa stok ubat semakin kehabisan.

“Malangnya, akibat kekurangan ubat ini, terdapat risiko petugas kesihatan tidak dapat memberikan rawatan bagi pelbagai keadaan perubatan, bukan sahaja untuk kecederaan trauma,” katanya kepada wartawan.

Beliau menambah bahawa banyak bekalan kini semakin berkurangan dan mengesahkan bahawa WHO mempunyai 16 trak yang membawa bekalan perubatan sedia untuk dihantar ke Gaza, tetapi memerlukan gencatan senjata dan akses untuk membolehkannya berlaku.

Doctors Without Borders (MSF) melaporkan bahawa pasukan mereka menerima kemasukan besar-besaran pesakit yang cedera di hospital lapangan, klinik, dan Hospital Nasser.

“Jenis kecederaan yang dialami amat parah, termasuk amputasi, kes ortopedik yang kompleks dan kesan melecur,” kata Mohammed Abu Mughaisib, Timbalan Penyelaras Perubatan MSF di selatan Gaza.

Beliau menambah bahawa hospital tidak mampu mengendalikan jumlah mangsa yang tinggi dalam satu masa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kecemasan MSF, Claire Nicolet, yang kini berada di Gaza, berkata situasi selama 20 minit itu sangat menakutkan, dengan bom jatuh di merata tempat, lapor WAFA.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini