Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

KANOWIT – Program Randau Komuniti 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Nyanau Anak Taboh, Danau Changgan, Ulu Bawan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat menerusi penyampaian maklumat tepat, penjelasan dasar semasa serta perbincangan terbuka mengenai keperluan pembangunan masyarakat luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, sepanjang satu penggal memegang amanah sebagai wakil rakyat, pelbagai cabaran berjaya ditempuhi dan diatasi secara berperingkat demi memastikan pembangunan di kawasan Ngemah terus bergerak seiring dengan keperluan rakyat.

“Sebagai wakil rakyat, saya membawa empat fokus utama iaitu pembangunan infrastruktur, pendidikan, belia dan ekonomi kerana inilah asas penting untuk memastikan masyarakat di Ngemah terus maju dan tidak ketinggalan,” ujarnya.

Menurut beliau, pembangunan infrastruktur khususnya jalan masuk ke kawasan rumah panjang kekal menjadi keutamaan apabila laluan yang disenaraikan kini berada di bawah tanggungjawab Mid-Rajang Regional Development Agency (MIRRDA), selain perkara itu akan terus dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 hingga 20 Mei ini.

“Jalan-jalan ini amat penting untuk kemudahan rakyat dan saya akan terus membawa suara penduduk supaya pelaksanaannya dapat dipercepatkan,” ujarnya.

Dalam bidang pendidikan, beliau berkata komitmen membantu anak-anak Ngemah diteruskan melalui insentif RM300 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan 3A ke atas, selain bantuan RM500 bagi diploma dan RM1,000 untuk ijazah sarjana muda.

Beliau turut menjelaskan pelaksanaan projek RTP, MRP dan PPRMS perlu difahami rakyat agar setiap proses berjalan lancar tanpa menimbulkan isu tidak berbangkit.

“Sebanyak 43 projek telah dihantar untuk pertimbangan tahun hadapan, manakala 97 cek bernilai RM907,000 akan diagihkan sebelum Gawai,” katanya ketika Program Randau Komuniti 2026 UKAS Bahagian Sibu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah UKAS, Mohamed Faizal Shah Ali berkata, UKAS akan terus memainkan peranan sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan rakyat dengan menyalurkan maklumat sahih menerusi pelbagai platform rasmi termasuk Facebook, Instagram, X dan YouTube selain menyediakan talikhidmat khas bagi membolehkan rakyat menyalurkan aduan secara terus.

Related Posts

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

LIMBANG – Sebahagian struktur bumbung dan siling di Klinik Kesihatan Kuala Medalam mengalami kerosakan teruk selepas dilanda angin kencang dalam satu kejadian, baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, turun padang menziarahi mangsa kebakaran di Rumah Panjang Senggat, Batu 8, Jalan Kubong, di Limbang, semalam sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini