Gagal lapor salah laku pegawai, ketua jabatan akan diambil tindakan tatatertib

PUTRAJAYA – Ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menyukarkan peluangnya untuk mendapatkan kenaikan pangkat.

“Adalah menjadi tanggungjawab ketua jabatan untuk memperkukuhkan integriti dan tatakelola Perkhidmatan Awam.

“Jadi, ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib dan seterusnya, menjejaskan peluang kenaikan pangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan juga akan melaksanakan reformasi bagi mengoptimumkan sumber dan peningkatan produktiviti, antaranya meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan perkara itu seiring dengan peningkatan syarat lantikan itu, beban dan kerumitan tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.

“Ia akan menggalakkan penugasan berbilang (multitasking) dan kemahiran (multiskilling) berbilang dalam kalangan pegawai sebagai pulangan kepada kerajaan.

“Selain itu, skim yang mempunyai fungsi perkhidmatan tidak relevan, bertindih dan terpencil akan dipindahkan kepada skim perkhidmatan lain.

“Ia akan memberikan laluan kerjaya lebih baik serta mobiliti yang lebih luas kepada penyandang seperti contoh skim pemandu lokomotif, pengurus asrama, operator wayarles dan jurusolek,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Anwar berkata, semua perkhidmatan agensi kerajaan yang berada di luar negara akan diletakkan di bawah satu bumbung bermula 1 Januari ini, sekali gus mampu menjimatkan wang kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia termasuk pejabat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

“Pada masa sama, Kedutaan semuanya mempunyai pejabat masing-masing. Jadi, bermula 1 Januari 2025, semua pejabat di luar negara akan disatukan bawah satu bumbung bagi menjimatkan belanja dan mengoptimumkan operasi.

“Dunia masih kecil, ekonomi dan teknologi kian canggih tetapi cara kita berfikir dan bertindak masih usang, sebab itu saudara semua kena kerjasama.Menteri dan kementerian kena terima kenyataan bahawa kerja ini boleh dijalankan kerja secara optimum melalui proses lebih teratur,” katanya.

Related Posts

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan