Gagal lapor rasuah, lelaki didenda RM6,600

TAWAU – Seorang lelaki didenda RM6,600 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, pada Khamis, selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan gagal melaporkan kesalahan pemberian rasuah yang berlaku antara April hingga Jun 2021.

Tertuduh, Tai Nyuk Kong, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Yang Arif Hakim Jason anak Juga.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan bagi kesemua pertuduhan itu sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah gagal melaporkan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan satu suapan berjumlah RM200 kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan sebagai balasan untuk tidak mengganggu aktiviti-aktiviti menjual tiket judi haram di Tawau.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan suapan masing-masing berjumlah RM200, RM500 dan RM200 kepada anggota polis berpangkat Sarjan Mejar dan Lans Koperal  sebagai balasan untuk tidak mengganggu aktiviti sama di kawasan Sime Darby Ladang Imam dan sekitar Tawau.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Lahad Datu dan Tawau serta Bank Simpanan Nasional Cawangan Tawau di antara tempoh April hingga Jun 2021.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 (4) Akta Suruhunjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Sabah, Nurul Izzati Sapifee dibantu pegawai pendakwa SPRM, Norsham Saharom manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar