Hanya suka-suka bercakap tentang dadah, 3 remaja dipanggil polis bantu siasatan

MELAKA – Polis memanggil dua wanita dan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video mengenai perbualan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata wanita berusia 18 tahun dan remaja lelaki, 17, yang masing-masing berasal dari Batu Berendam dan Jasin itu, dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada 6 petang semalam.

Beliau berkata seorang lagi wanita berusia 18 tahun yang tinggal di Jalan Dato Senu, Kuala Lumpur dipanggil memberi keterangan di IPD Sentul pada jam 9.55 malam tadi.

“Pada Selasa lepas, video berdurasi 52 saat yang memaparkan perbualan sekumpulan individu berkaitan penyalahgunaan dadah tular di media sosial.

“Siasatan polis mendapati perbualan itu dibuat pada Isnin, 19 Ogos secara berkumpulan dalam talian dengan menggunakan platform TikTok,” katanya.

Zainol berkata susulan itu, ketiga-tiga individu terbabit dipanggil memberi keterangan dan dilepas serta dibebaskan tanpa syarat selepas siasatan mendapati mereka melakukan perbualan berkenaan setelah menonton filem yang memaparkan adegan berkaitan penyalahgunaan dadah serta hanya sekadar gurauan bersama rakan-rakan.

Beliau berkata semakan rekod mendapati ketiga-tiga individu terbabit bebas daripada sebarang rekod jenayah, dan negatif ujian air kencing.

Bagaimanapun, kes berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran