Fahami erti perpaduan, elak kecelaruan dan perpecahan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam perlu memahami maksud dan keperluan perpaduan yang menjadi prasyarat penting dalam usaha membangunkan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, kecelaruan dan perpecahan dalam negara Islam boleh dijadikan gelanggang untuk musuh menyerang, menghina dan menjajah seperti yang berlaku di Gaza dan kini menjalar ke Lubnan.

Menurutnya, umat Islam juga perlu memiliki kefahaman, kesabaran serta kebijaksanaan dalam mengambil sebarang langkah kerana kekuatan sesebuah negara itu akan menjadi tonggak untuk ke langkah seterusnya.

“Sebab itu dalam Kerajaan Madani, kita mulakan dengan memupuk perpaduan yang kental dalam kalangan kita, menjamin supaya ada persefahaman dan perdamaian antara umat Islam dan bukan Islam.

“Itu prasyarat untuk bangunkan ekonomi yang kita sebut mampan, bukan sekadar ekonomi kukuh tetapi beri keselesaan dan jaminan kepada rakyat miskin bandar, desa dan pedalaman dan masyarakat lain yang rasa terpinggir,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Selain itu, Anwar memohon kebijaksanaan orang ramai supaya memahami konsep negara Madani yang digagaskan pentadbirannya kerana tidak banyak negara mempunyai pendekatan sedemikian.

“Saya mohon kebijaksanaan supaya negara Madani ini dimengertikan kerana tidak banyak negara mempunyai ruang, kesempatan dalam kerukunan hidup yang damai meletakkan asas ekonomi kukuh dan kini telah mendapat perhatian dalam pelbagai bidang,” katanya.

Mengenai MTHQA ke-64, Anwar berharap penganjurannya dapat membangkitkan dan mengangkat martabat umat Islam ke tahap lebih mulia serta membanggakan.

Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’, MTHQA ke-64 melibatkan 92 peserta dari 71 negara terdiri daripada 53 peserta tilawah dan 39 hafazan.

Pengurniaan hadiah kepada johan tilawah dan johan hafazan al-Quran akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada 12 Oktober ini.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM