Durian Pedu kini mampu tandingi keenakan raja buah tempat lain

PADANG TERAP – Durian dari kawasan Pedu yang sebelum ini kurang mendapat perhatian berbanding durian dari kawasan terkenal seperti Balik Pulau, Raub dan Batu Kurau kini semakin mendapat perhatian.

Malah, permintaan terhadap durian Pedu turut meningkat sejak beberapa musim kebelakangan ini, hasil daripada kualiti buahnya yang dikatakan setanding dengan durian dari kawasan ternama.

Apatah lagi dengan rasa isinya yang lemak manis, bertekstur halus serta aroma kuat yang menyelerakan menjadi faktor utama ia semakin diminati.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, lebih 300 tan buah durian dari kawasan itu dijangka dapat dipasarkan tahun ini iaitu bagi pengeluaran pada Jun dan Ogos ini.

Katanya, pengeluaran itu bagaimanapun masih tidak dapat menampung permintaan peminat raja buah berkenaan walaupun kawasan penanaman telah ditambah kepada 280 hektar di 12 buah kampung sekitar Pedu.

“Berbanding ketika Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) Pedu diperkenalkan KEDA pada 2022, ketika itu keluasan kebun durian di sini kira-kira 250 hektar sahaja dan kini diperluas sebanyak 30 hektar lagi.

“Jumlah pokok yang ditanam di kesemua kebun itu adalah 11,144 pokok durian kampung dan 7,851 lagi jenis klon varieti musang king, D24, duri hitam, udang merah dan beberapa jenis lagi,” katanya ketika ditemui pada Pesta Durian@Pedu 2025 di Kampung Kepala Batas, Pedu.

Selain Kampung Kepala Batas, raja buah itu turut ditanam di Kampung Padang Setol, Kampung Kuala Tekai, Kampung Pauh, Kampung Baru Seladang, Kampung Musa, Desa KEDA Bukit Kura, Kampung Lubuk Merbau, Kampung Buluh, Kampung Banggol Pong, Kampung Pinang dan Kampung Tong Pelu.

Mahdzir berkata, pelaksanaan Prospek Pedu itu secara tidak langsung menambah pendapatan penduduk yang mengusahakan tanaman durian dengan KEDA turut memberi bimbingan serta bantuan baja sejak 2022.

“Tempoh pembangunan Prospek Pedu ini adalah selama lima tahun melibatkan kos berjumlah RM8 juta dan bagi tahun hadapan kita bercadang untuk tambah baik infrastruktur kebun durian di Pedu agar dijadikan pusat agro pelancongan setelah ianya semakin mendapat permintaan.

“Antaranya kita akan tingkatkan kemudahan jalan pertanian, pusat pengumpulan hasil durian dan fasiliti seperti tandas agar peraih durian tidak hanya mengambil buah di sini untuk dijual di luar tetapi penggemar durian sendiri yang datang menikmati raja buah ini di kebun yang tersedia,” katanya.

Related Posts

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api