PRN17 Sabah: PKR gerakkan jentera awal, fokus tiga teras utama

KOTA KINABALU – Jentera PKR di Sabah mula digerakkan lebih awal dengan berteraskan tiga fokus utama sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tiga fokus utama yang diberi perhatian dalam gerak kerja awal iaitu memperkukuh silaturahim dalam kalangan anggota, memberikan latihan pilihan raya dan merangka strategi rundingan pembahagian kerusi.

“Kita telah mula melakukan persiapan di akar umbi sejak selesai saja pemilihan parti yang lepas. Jadi kurang lebih sudah hampir sebulan dan fokus kita ada tiga perkara.

“Satu adalah untuk memperkukuhkan lagi silaturahim dalam kalangan anggota parti yang baru selesai pemilihan.

“Tentu ada yang menang, ada yang kalah. Jadi yang menang itu nasihat presiden adalah untuk menjalankan amanah dan harus merangkul yang kalah. Jadi yang kalah itu juga harus bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media ketika ditemui wartawan TMP selepas Majlis Ringkas Penyerahan Sumbangan Jelajah Wira MADANI di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, di sini pada Selasa.

Jelasnya, fokus kedua ialah memberikan latihan asas pilihan raya kepada anggota-anggota parti di seluruh Sabah.

“Misalnya, semalam saya berada di Sandakan untuk jentera Zon 5. Kita berikan pendedahan seperti pengurusan pilihan raya, kempen pilihan raya dan juga latihan-latihan asas yang lain.

“Perkara yang ketiga itu adalah terkait tentang kerusi-kerusi mana yang kita rasakan sesuai yang boleh kita bawa dalam meja perundingan komponen dalam negeri Sabah ini,” katanya.

Justeru, beliau berharap dengan persiapan yang lebih awal itu PKR akan mencapai kejayaan dalam PRN Sabah yang sudah hampir tiba.

Terdahulu, beliau yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada TLDM Sepanggar.

Jelasnya, sumbangan itu sebagai tanda penghargaan kepada khidmat pasukan keselamatan yang telah menjadikan Malaysia aman dan stabil.

“Apatah lagi kita lihat bahawa di sebelah sini, Armada Timur ini, mereka harus menjaga keselamatan sepanjang 6,000 kilometer pesisir daripada Sarawak sampai ke Sabah, hujung ke hujung.

“Jadi tentulah dalam konteks ini, Perdana Menteri merasakan bahawa perlu diberikan satu mesej kepada warga TLDM, bahawa mereka didengari dan dihargai.

“Kita harap dengan aspek Malaysia MADANI dengan prinsip ihsan, prinsip hormat dan tentunya keyakinan, mereka akan menunjukkan keyakinan untuk mempertahankan kedaulatan negara ini,” ujarnya.

Related Posts

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat