Dijual rakan baik kepada ‘scammer’ Myanmar

PUTRAJAYA – Lazimnya, mangsa terjebak dalam kes jenayah pemerdagangan manusia ke­rana terpedaya dengan skim tawaran janji menarik pekerjaan di luar negara.

Lain pula kisah kali ini apabila Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendedahkan ada mangsa terlibat kerana dijual oleh kawan baik sendiri.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, perkara tersebut dibongkar hasil misi menyelamat seorang mangsa yang terperangkap di Kemboja hampir dua tahun.

“Mangsa tersebut dijual oleh rakan ke Myanmar dan dari situ, dia dihantar ke Golden Triangle dipercayai tempat mangsa dikurung di Laos.

“Mangsa yang berumur sekitar 30-an dan telah menjadi mangsa sindiket hampir setahun setengah. Malah, telah dijual berkali kali dan ke negara-negara yang berbeza,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, selepas menerima laporan, pihaknya melaksanakan pelbagai kaedah agar mangsa segera dibawa keluar dan terlepas dari cengkaman aktiviti pemerdangangan manusia.

“MHO berjaya dalam membantu membawa mangsa keluar dari syarikat di Golden Triangle Laos secara paksaan agar bebas daripada diseksa dan didera. Mangsa dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hishamuddin memaklumkan kes pemerdagangan manusia menerusi skim pekerjaan semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kematian serta tidak dapat dikesan oleh ahli keluarga sehingga hari ini.

Katanya, mangsa pemerdagangan akan dicederakan secara fizikal dan mental apabila tertangkap semasa usaha melarikan diri daripada sindiket berkenaan.

“Isu sindiket penipuan kerja di luar negara masih berleluasa dimana perjuangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia belum lagi selesai. Rakyat Malaysia masih dikurung dan diseksa di mana mereka merayu untuk diselamatkan pulang ke Malaysia. Perkara ini telah berlanjutan yang mana menyebabkan hidup mereka dalam keadaan yang amat tertekan.

“Sebilangan daripada mereka telah gagal dikesan dan hilang jejak daripada ahli keluarga mereka di sini dan keluarga mereka di Malaysia amatlah bimbang tentang keadaan dan keselamatan ahli keluarga mereka,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi