ADUN Mahkota meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi paparan Facebook beliau.

Pemergian Allahyarham yang juga merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang itu disifatkan sebagai kehilangan yang besar kepada negeri ini.

‎”Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka tentang pemergian‎ ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

“Pemergian Datuk Sharifah atau lebih mesra disapa Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi. Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Allahyarham yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan muntah darah pada Selasa.

Sejak itu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBJK) sebelum dilaporkan semakin kritikal pagi tadi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sempat mengunjungi Allahyarham.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan