Diesel terjaga, rakyat terbela – Syed Ibrahim

TANGKAK – Keputusan kerajaan melaksanakan subsidi diesel bersasar sejak Jun tahun lalu nyata merupakan langkah tepat dalam mengawal bahan api berkenaan daripada dinikmati pihak yang tidak bertangunggjawab.

Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, setelah lebih setahun dilaksanakan, bukti itu boleh dilihat apabila pembelian diesel bersubsidi kini terkawal dengan hanya golongan yang memerlukan sahaja menikmatinya pada harga murah.

“Diesel terjaga, rakyat terbela. Sejak pelaksanaan subsidi diesel bersasar pada Jun 2024, hampir 300,000 penerima termasuk pemilik kenderaan diesel persendirian, petani kecil dan pekebun komoditi telah menerima bantuan tunai BUDI MADANI sebanyak RM2,400 setahun.

“Inisiatif ini memberi kelegaan kepada golongan yang bergantung kepada diesel dalam urusan harian seperti bekerja, berniaga, serta mengangkut hasil pertanian dan komoditi.

“Ia bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos sara hidup, malah memastikan tiada kelompok masyarakat yang tercicir dalam arus pembangunan negara,” katanya ketika dihubungi TMP.

Sebelum ini, isu penyelewengan diesel di negara kian meruncing apabila sektor industri yang sepatutnya membeli bahan api berkenaan pada harga pasaran mengambil kesempatan dengan membeli pada harga murah.

Selain itu, isu penyeludupan diesel ke negara sempadan yang semakin berleluasa juga memaksa kerajaan untuk mengambil langkah baharu bagi membendung aktiviti ketirisan itu.

Menurut Syed Ibrahim, pendekatan subsidi bersasar ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam melindungi rakyat secara adil dan efisien dengan setiap liter diesel dimanfaatkan, setiap kilometer perjalanan rakyat dibela.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi