Chelsea tewaskan Burnley, kukuh cabaran EPL

CHELSEA mengukuhkan cabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Burnley di Turf Moor, malam tadi.

Pedro Neto membuka tirai jaringan sebelum rehat disusuli gol lewat permainan Enzo Fernandez untuk memastikan tiga mata berharga buat skuad kendalian Enzo Maresca.

Kemenangan itu melonjakkan The Blues ke tangga kedua EPL, tiga mata di belakang pendahulu, Arsenal yang akan menanti kunjungan Tottenham malam ini.

Ia juga menjadi penanda kejayaan istimewa buat Maresca yang mengendalikan perlawanan Liga Perdana ke-50 bersama Chelsea.

Dengan lapan kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan, Chelsea kini berada dalam momentum terbaik menjelang minggu penting termasuk aksi Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Stamford Bridge pada Selasa diikuti pertembungan dengan Arsenal, 30 November ini.

Related Posts

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

JARINGAN lewat Luis Diaz dan Michael Olise memastikan Bayern Munich meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Real Madrid, awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 6-4 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi