Bursa Malaysia akhiri dagangan lebih kukuh berbanding pasaran serantau

KUALA LUMPUR – Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih tinggi, dipacu saham-saham telekomunikasi dan perladangan walaupun dalam sentimen lemah serta senario kebanyakan pasaran serantau yang rendah.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.74 mata atau 0.17 peratus dari 1,633.81 sebelumnya.

Indeks itu dibuka menokok 0.25 mata pada 1,634.06 dan bergerak dalam julat 1,632.53 hingga 1,638.29 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 736 berbanding 445 manakala 495 kaunter tidak berubah, 782 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangannya.

Saham SD Guthrie meningkat 20 sen kepada RM4.50, Kuala Lumpur Kepong melonjak 60 sen kepada RM21.50, Axiata menambah empat sen kepada RM2.63 dan Maxis meraih tiga sen kepada RM3.63.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4.43 juta unit bernilai RM3.27 bilion daripada 5.49 bilion unit bernilai RM4.22 bilion pada Khamis.

Input nilai indeks FBM KLCI Bursa Malaysia mengalami gangguan perkhidmatan selepas waktu rehat tengah hari berikutan isu gangguan IT global yang melibatkan bank-bank utama, media, lapangan terbang, dan syarikat penerbangan. Perkhidmatan itu disambung semula pada 3.21 petang.

Sementara itu, indeks utama serantau ditutup lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung bagi saham teknologi yang dipengaruhi petunjuk negatif dari Wall Street, selepas mencatat kenaikan sebelum ini.

Pasaran serantau menyaksikan Indeks Hang Seng Hong Kong turun 2.03 peratus kepada 17,417.68, Indeks Komposit Jakarta Indonesia susut 0.36 peratus kepada 7,294.50, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.68 peratus kepada 3,447.56 dan Nikkei 225 Jepun menguncup 0.16 peratus kepada 40,063.79.

Bagi saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM6.06, Press Metal meraih enam sen kepada RM5.56, Maybank dan TNB masing-masing tidak berubah pada RM10.10 dan RM14.44 manakala Public Bank dan IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM4.24 dan RM6.33.

Antara kaunter aktif, Berjaya Corp menokok satu sen kepada 40 sen, ATA IMS naik 2.5 sen kepada 49 sen, Hubline dan Alpha IVF tidak berubah pada 10 sen dan 32.5 sen, Ekovest sebaliknya turun satu sen kepada 56.5 sen, MYEG berkurangan 1.5 sen kepada 98.5 sen, OCR Group menguncup setengah sen kepada 12 sen manakala Dataprep merosot 1.5 sen kepada 21.5 sen.

Saham keselamatan siber Malaysia Securemetric naik 1.5 sen kepada 22.5 sen dan LGMS meraih satu sen kepada RM1.70 manakala syarikat teknologi Dagang NeXchange tidak berubah pada 44.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas merosot 1.99 mata kepada 12,676.42, Indeks FBMT 100 meningkat 1.02 mata kepada 12,246.68, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 33.63 mata kepada 13,053.29, Indeks FBM 70 berkurangan 2.09 mata kepada 18,976.70 dan Indeks FBM ACE kehilangan 3.12 mata kepada 5,999.10.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perladangan susut 26.69 mata kepada 7,101.40, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 65.06 mata kepada 18,000.23, Indeks Tenaga turun 0.12 mata kepada 972.26 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 3.96 mata kepada 196.83.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.35 bilion unit bernilai RM2.84 bilion daripada 3.20 bilion unit bernilai RM3.73 bilion pada Khamis.

Waran berkurangan kepada 1.19 bilion unit bernilai RM158.20 juta daripada 1.53 bilion unit bernilai RM199.72 juta semalam.

Selain itu, jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 888.68 juta saham bernilai RM277.57 juta daripada 760.02 juta saham bernilai RM288.77 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 299.94 juta saham didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (514.49 juta); pembinaan (349.09 juta); teknologi (296.73 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (94.49 juta); hartanah (243.61 juta); perladangan (59.49 juta); REIT (10.32 juta); dana tertutup (39,900); tenaga (136.78 juta); penjagaan kesihatan (66.67 juta); telekomunikasi dan media (43.60 juta); pengangkutan dan logistik (141.77 juta); utiliti (88.71 juta) dan unit amanah perniagaan (2.04 juta).

Related Posts

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen 5.25 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM514.20 juta, bagi tahun kewangan 2024 (TK2024). Pengagihan dividen berkenaan menyaksikan peningkatan ketimbang RM485.08 juta yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fenomena bazar raya dalam talian perkembangan positif, norma baharu dunia perniagaan digital

FENOMENA membeli persiapan Aidilfitri di platform online membuktikan bahawa bazar raya dalam talian bukan sekadar menjadi trend sementara, tetapi merupakan satu revolusi dalam dunia perniagaan moden pada masa ini. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM