PM ucap syukur KDNK berkembang 5.8 peratus

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.8 peratus pada Suku Kedua 2024.

Katanya, perkembangan positif itu akan memberi kesempatan kepada negara untuk bangkit menjadi lebih gagah.

Katanya, dalam Ekonomi Madani kerajaan menjanjikan peluang pekerjaan, latihan dan pemindahan teknologi yang lebih baik menuju ke arah pendigitalan dan peralihan tenaga.

Alhamdulillah, pertumbuhan 5.8 peratus menjangkaui ‘target’ atau unjuran oleh semua pihak.

“Dengan penuh tawaduk, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat, penghargaan tidak terhingga kepada warga pekerja sama ada di pihak kerajaan mahu pun swasta, terima kasih tidak terhingga kepada warga profesional dan terima kasih kepada para pelabur yang terus yakin dengan hala tuju Ekonomi Madani,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia telah pecahkan tembok kerunsingan dengan mencatat pertumbuhan menakjubkan 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.8 peratus pada Suku Kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya dan merupakan pertumbuhan tertinggi sejak Suku Kedua 2022 pada 7.4 peratus.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

BUKIT GANTANG – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan projek perintis pelantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET