Bung Moktar, Zizie Izette diperintah bela diri kes rasuah RM2.8 juta

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta Felcra dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama-sama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara membuat perintah itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan, lapor Berita Harian.

Pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 September tahun lalu, yang melepas dan membebaskan pasangan itu selepas membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.

Panel memerintahkan kes berkenaan dikembalikan di Mahkamah Sesyen bagi Bung Moktar dan Zizie Zizie Izette membela diri terhadap tuduhan berkenaan.

Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pasangan itu daripada tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FelcraBerhad (Felcra) dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Ia berikutan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Related Posts

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengukuhan nilai ringgit serta semakan naik unjuran ekonomi Malaysia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencerminkan keyakinan berterusan komuniti kewangan antarabangsa terhadap asas ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan