Idrus Harun antara empat dilantik PM sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun antara empat individu yang dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 November lalu.

Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali; bekas Hakim Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Dr Hartini Saripan.

Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik mereka sebagai ahli suruhanjaya berkenaan mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2024 hingga 31 Okt 2026,” menurut kenyataan itu.

Pelantikan baharu itu adalah bagi menggantikan Tun Md Raus Sharif, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Abdul Razak Tready dan Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz yang tamat lantikan pada 3 September 2024.

Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan Md Raus, Suriyadi, Abdul Razak Tready dan Shamrahayu sepanjang tempoh mereka menjadi ahli suruhanjaya tersebut.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA