Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

KEMAMAN — Inisiatif Kerajaan MADANI memperkenalkan elaun bulanan sebanyak RM250 kepada pelajar Tingkatan 6 disambut baik terutamanya dalam situasi ekonomi global yang mencabar.

Pelajar Tingkatan 6 yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan 6 (JPTE) Daerah Kemaman, Kaisah Irdina Mahmudin berkata, ia merupakan langkah signifikan dalam meringankan beban kos pembelajaran serta memperkukuh laluan prauniversiti negara.

Menurutnya, pemberian elaun tersebut mencerminkan keprihatinan kepimpinan negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memahami keperluan semasa pelajar.

“Ini jelas menunjukkan Kerajaan MADANI mengambil kira kebajikan pelajar Tingkatan 6, selain mengiktiraf peranan penting program prauniversiti sebagai asas kepada pendidikan tinggi negara,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Tingkatan 6 yang juga Setiausaha JPTE Daerah Kemaman, Nur Hanis Husna Yuseri berkata, bantuan berkenaan sebagai tepat pada masanya, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Menurutnya, situasi ekonomi global yang mencabar, termasuk tekanan kos tenaga, memberi kesan langsung kepada perbelanjaan pelajar dan keluarga.

“Elaun ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan pelajar, sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan penuh kepada pembelajaran,” ujarnya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian elaun RM250 sebulan kepada semua pelajar Tingkatan 6 sebagai sebahagian usaha memperkasa institusi prauniversiti serta memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas