Bersatu akui ‘pening’ pilih calon untuk PRK Nenggiri

GUA MUSANG – Bersatu menyifatkan pemilihan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, adalah perkara yang paling sukar.

Ia diakui perlu dibuat dengan cermat bagi mengelak sejarah sama berulang.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pada masa sama keluasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri ibarat seperti Perlis dan sudah tentu memerlukan calon yang terbaik dari segi usia, keupayaan, kekuatan mental dan penerimaan rakyat.

“Perkara ini yang paling cermat dilakukan kerana kita mempunyai sejarah yang tidak baik dan calon yang terpilih semestinya diterima oleh semua rakyat di DUN Nenggiri.

“Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon Bersatu bertanggungjawab memilih calon.

“Dalam banyak-banyak… ada seorang calon memenuhi ciri-ciri, namun dia orang Pas, kerusi di Nenggiri adalah kerusi milik Bersatu.

“Apa yang lebih penting, kita tahu apa yang berlaku dan tujuan kita adalah mahu mencari calon terbaik.

“Jadi saya katakan kepada Pas, boleh bagi ke Mohd Rizwadi kepada kami dan jadi ahli Bersatu… sebelum ia dipersetujui Pas.

“Maka dengan itu Mohd Rizwadi diumumkan sebagai calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN),” katanya menyampaikan ceramah umum di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah, malam tadi.

“Pengalamannya sebagai bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dalam dakwah dan kerja kemasyarakatan adalah pakej yang hebat jika dibandingkan pihak lawan.

“Jika PRK Sungai Bakap kita boleh menang dengan tiga kali ganda, kita harap situasi sama juga berlaku di PRK Nenggiri pada 17 Ogos nanti,” katanya lagi seperti dipetik dari Berita Harian.

PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PN, Mohd Rizwadi.

PRK itu diadakan susulan bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Related Posts

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma