Belanjawan 2026 jadi titik permulaan RMK13 – KP JKOM

BELANJAWAN 2026 bakal menjadi titik permulaan penting pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berasaskan dasar pembangunan Malaysia MADANI.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, pelaksanaan RMK13 akan menjadi inspirasi nasional dalam usaha membina negara bangsa yang lebih mampan dan berteraskan keadilan sosial.

“RMK13 ini bukan sekadar dokumen pembangunan lima tahun, sebaliknya ia adalah perjuangan Perdana Menteri sejak lebih empat dekad lalu.

“Beliau akhirnya berpeluang merealisasikan impian untuk membawa Malaysia ke arah ‘the preferred nation’ atau negara impian,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau menegaskan, Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan juga akan menjadi fasa pertama daripada lima tahun pelaksanaan RMK13, dengan memberi penekanan bukan sahaja kepada pembangunan material dan infrastruktur tetapi lebih utama kepada peningkatan taraf hidup rakyat.

“Teras utama dasar pembangunan Malaysia Madani akan terus diberi penekanan iaitu menaikkan lantai (minimum) pendapatan rakyat, meninggikan siling (keupayaan daya saing negara) serta memperkukuh tadbir urus yang baik. Tiga teras ini menjadi tiang seri kepada gagasan Malaysia MADANI,” katanya.

Menurut Ismail, langkah-langkah konkrit seperti menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara ke dalam kelompok 30 terbaik dunia akan menjadi antara agenda yang dijangka diperincikan dalam belanjawan kali ini.

“Sejak dua tahun lalu, Perdana Menteri telah membuktikan bahawa dasar ekonomi manusiawi ini benar-benar memberi kesan langsung kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan lain-lain. Ini yang kita mahu lihat diteruskan dalam Belanjawan 2026,” katanya.

Katanya, RMK13 yang berlandaskan prinsip Malaysia MADANI akan memastikan pembangunan negara tidak hanya dilihat dari sudut fizikal semata-mata, tetapi menyentuh aspek kesejahteraan rakyat serta kelestarian masa depan negara.

“Harapan rakyat jelas, mereka mahu melihat kehidupan yang lebih baik, lebih sejahtera dan lebih adil. Itulah denyut nadi yang sedang diterjemahkan oleh Perdana Menteri melalui Belanjawan 2026 dan pelaksanaan RMK13,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi