Batu Puteh: Tun M cuma maklumkan bukan bincang dengan Kabinet

KUALA LUMPUR – Tiga bekas menteri era pentadbiran Pakatan Harapan 1.0 pada 2018 menyanggah kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkait isu Pulau Batu Puteh.

Dalam kenyataan bersama, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Anthony Loke menegaskan, Jemaah Menteri ketika hanya dimaklumkan bukannya terlibat perbincangan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh.

“Kami ingin merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terkait syor daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan usaha semakan dan tafsiran telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018 yang turut dihadiri oleh kami selaku anggota Kabinet.

“Ingin kami tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran telah pun dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Tun Dr Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan juga turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan,” kata mereka bertiga dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, mereka memaklumkan selang dua hari kemudian, setelah keputusan dibuat, barulah Tun Dr Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet.

“Ingin kami tekankan di sini, ianya hanyalah “pemakluman” di bawah agenda “hal-hal lain” dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan.

“Oleh yang demikian, tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia telah dibuat secara bertulis oleh Tun Dr Mahathir,” tegasnya lagi.

Justeru, sebagai negarawan, mereka berpandangan Tun Dr Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan ini dan bukannya memilih untuk meletakkan di bahu mereka yang tidak terlibat.

“Kami yakin dan percaya anggota Jemaah Menteri yang hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada 23 Mei 2018 boleh mengesahkan perkara ini,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda