AS umum keluar UNESCO

ISTANBUL – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penarikan diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kali ketiga, berkuat kuasa 31 Disember 2026.

Keputusan itu dibuat atas alasan UNESCO menerima Palestin sebagai anggota dan konflik dengan dasar luar ‘America First’ oleh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

“Hari ini, AS memaklumkan kepada Ketua Pengarah, Audrey Azoulay, mengenai keputusan AS untuk menarik diri daripada UNESCO,” kata jurucakap Jabatan Negara, Tammy Bruce, dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.

Bruce berkata, pembabitan berterusan dalam agensi berpangkalan di Paris itu ‘bukan demi kepentingan nasional’ Washington.

Sebelum ini, Washington juga menarik diri daripada organisasi itu pada 1984 ketika pentadbiran Presiden Ronald Reagan, atas alasan agensi itu terlalu dipolitikkan serta ‘sebab lain’.

AS kembali menyertai UNESCO pada 2023 bawah pentadbiran Presiden ketika itu, Joe Biden, sebagai negara anggota ke-194.

Mengulas lanjut, Bruce menegaskan, penyertaan AS dalam organisasi antarabangsa selepas ini akan berdasarkan keutamaan memperjuangkan kepentingan Amerika dengan ‘jelas dan tegas’.

Related Posts

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi