AI alat pemudah cara, bukan ganti peranan media – Abdullah Saidol

KUCHING – Dunia kewartawanan masih memerlukan sentuhan manusia dan nilai kemanusiaan biarpun kecerdasan buatan (AI) semakin mendominasi landskap penyampaian maklumat masa kini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS), Datuk Abdullah Saidol menegaskan dalam mengejar perubahan teknologi AI, negara tidak seharusnya terlalu pantas sehingga mengabaikan elemen penting seperti emosi dan kemanusiaan yang masih menjadi teras dalam dunia kewartawanan.

“Apabila kita bercakap soal AI, ia seperti tiada penghujung. Persidangan ini memberi banyak input bermanfaat kepada pembuat dasar untuk meneliti perubahan yang berlaku,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutupan Persidangan Sarawak Media 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Khamis

Beliau berkata, AI harus dijadikan alat pemudah cara kepada pengamal media, bukannya menggantikan sepenuhnya peranan mereka.

“Apa yang membezakan manusia dan AI ialah nilai emosi dan kemanusiaan. Dunia kewartawanan memerlukan manusia untuk menghasilkan laporan yang dekat di hati rakyat,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menekankan kepentingan menyampaikan maklumat kerajaan dengan lebih tepat dan jelas kepada rakyat agar segala inisiatif dan dasar yang ingin dilaksanakan sampai kepada golongan sasar.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hii Chang Kee; Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan, serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin tempatan.

Persidangan Sarawak Media 2025 merupakan salah satu platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara pengamal media dan agensi kerajaan, khususnya dalam era digital yang semakin mencabar.

Related Posts

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyatakan sokongan penuh dan penghargaan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berserta pasukan perunding Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh