225 tong LPG, dua lori disita KPDN Perak

IPOH – Sebanyak dua buah lori bersama 225 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM466,895.65 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam Ops Gasak hasil serbuan ke atas dua premis di Tanjung Malim dan Ipoh.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kedua-dua premis terbabit disyaki menyimpan LPG tanpa permit sah daripada Pengawal Bekalan.

“Pada jam 11.30 pagi, pasukan Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tapah menyerbu sebuah premis di Tanjung Malim yang dijadikan stor penyimpanan LPG tanpa sebarang kelulusan sah.

“Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun turut ditahan bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, serbuan kedua dilakukan pada jam 1 petang di sebuah kilang pemprosesan makanan di Zarib Industrial Park, Ipoh oleh Penguat Kuasa KPDN Cawangan Ipoh.

“Premis tersebut juga tidak memiliki lesen atau permit menyimpan barang kawalan.

“Pemeriksaan mendapati sebuah lori pembekal sedang memindahkan LPG ke tangki milik premis, dan dua individu, seorang wanita berusia 28 tahun dan lelaki berusia 41 tahun telah ditahan,” katanya.

Hasil kedua-dua serbuan, KPDN menyita 14 tong LPG berkapasiti 50kg, 171 tong LPG (14kg), 40 tong LPG (12kg) serta dua buah lori, menjadikan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM466,895.65.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

KPDN turut memberi amaran kepada individu dan syarikat agar sentiasa mematuhi perundangan berkaitan penyimpanan dan pengedaran barang kawalan.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka