ACCI Sabah seru usahawan tempatan teroka pasaran alternatif susulan tarif AS

KOTA KINABALU – Asean Chamber of Commerce (ACCI) Sabah Chapter menyeru usahawan tempatan segera meneroka platform dan pasaran alternatif susulan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.

Perkara itu digalakkan adalah bagi mengekalkan kelangsungan perniagaan susulan tarif timbal balik yang dikenakan sehingga 24 peratus.

Yang Dipertua ACCI Sabah, Datuk Nordin Ening berkata beliau bersependapat dengan Presiden ACCI Malaysia, Datuk Sohaimi Shahdan bahawa pasaran yang dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk diterokai usahawan tempatan termasuk negara-negara ASEAN, Afrika, Asia Tengah dan Asia Barat.

“Kita perlu lihat ke arah pasaran yang lebih terbuka dan stabil yang mana negara-negara ASEAN, Timur Tengah (Asia Barat), Asia Tengah dan Afrika menawarkan ruang besar kepada produk Malaysia.

“Khususnya dalam sektor halal, makanan, teknologi dan perkhidmatan, pelancongan dan pendidikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, ACCI Sabah sedang merancang perdagangan dua hala di antara Kazakhstan dan Sabah bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

“Kazakhstan adalah negara ‘Double Landlocked’ dan rakyatnya amat dahagakan keindahan pulau dan pantai yang terdapat di Sabah,” kata beliau di samping terdapatnya penerbangan terus daripada Kuala Lumpur ke Almaty, Kazakhstan ketika ini.

Katanya lagi, kerajaan perlu lihat lebih luas pasaran baharu untuk bantu usahawan Malaysia.

“Pasaran AS bukan lagi pasaran yang boleh diharapkan,” ujar beliau.

Related Posts

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan plastik dalam negara kekal stabil meskipun berdepan gangguan pengeluaran minyak dan gas global serta ketidaktentuan di Selat Hormuz. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri