Victor Chin antara 10 individu ditahan dalam siasatan pengubahan wang haram

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang ahli perniagaan, Victor Chin Boon Loong, pernah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram menerusi operasi dikenali sebagai Ops Viking yang dijalankan antara 15 Oktober tahun lalu hingga 13 Januari lalu.

Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fazlisyam Abd Majid berkata, Victor Chin ditahan pada Disember tahun lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, namun masih boleh dipanggil semula bagi membantu siasatan jika diperlukan.

Beliau berkata, sembilan lagi individu yang ditahan, terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita, turut dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan siasatan dan telah dibebaskan dengan jaminan, manakala seramai 40 individu lain dipanggil bagi memberi keterangan.

Menurutnya, operasi berkenaan dilancarkan pada 14 Oktober tahun lalu susulan maklumat risikan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram yang dipercayai berlaku sejak 2018, dengan siasatan rasmi dibuka pada 25 Oktober di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Kes ini melibatkan beberapa individu yang disyaki melakukan kesalahan pengubahan wang haram melalui pelbagai kaedah, termasuk pemerolehan atau pemilikan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, serta syarikat swasta,” katanya dalam kenyataan.

Fazlisyam berkata, operasi itu turut membawa kepada pembekuan dan sitaan pelbagai aset, termasuk lapan hartanah, 32 kenderaan, 1,100 saham dalam dua syarikat sendirian berhad, akaun Central Depository System (CDS) bernilai RM323,588,293, akaun dagangan berjumlah RM64,246,417 serta 404 akaun bank berjumlah RM85,624,528.

Beliau berkata, siasatan kini dijalankan secara menyeluruh terhadap semua pihak yang disyaki terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan dana yang dipercayai berpunca daripada aktiviti haram.

Katanya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 27B dan Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Seksyen 176 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 serta Seksyen 221 Akta Syarikat 2016.

Pada 16 Mac lalu, polis mengesahkan beberapa premis milik Victor Chin telah diserbu berhubung dakwaan penglibatan dalam manipulasi korporat yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam perkembangan berkaitan, Fazlisyam berkata, setakat ini pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan Victor Chin bahawa seorang ahli Parlimen meminta RM10 juta bagi membantu menyelesaikan isu manipulasi korporat tersebut.

Related Posts

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ sebagai tema rasmi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026), selain mengekalkan logo Malaysia MADANI sebagai identiti rasmi sambutan sehingga tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi