Dua buruh ditahan bersama syabu dalam kotak rokok

MUKAH – Padah memiliki dadah, dua lelaki warga tempatan ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah bengkel kenderaan berat di Jalan Bukut Balingian pada Isnin.

Suspek yang masing-masing berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dilakukan selepas pihak polis mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan teliti di dalam kenderaan tersebut, polis menemui satu keratan tiub straw lut sinar yang disembunyikan di dalam kotak rokok.

“Tiub berkenaan mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.38 gram,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Rizal menjelaskan, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh itu kemudiannya dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan ujian saringan air kencing.

“Hasil ujian urin mendapati suspek berusia 30 tahun positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala seorang lagi rakannya didapati negatif,” ujar beliau.

Menurutnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kedua-dua suspek telah direman selama tiga hari sehingga 4 April depan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya lagi.

Related Posts

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

MUKAH – Taktik dua kru kapal berlagak bersahaja di kaki lima sebuah premis memakan diri apabila mereka ditahan bersama dadah jenis syabu di Jalan Pasar Lama di sini, pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah menyambut baik pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI Diesel yang bakal menyaksikan harga diesel bersubsidi diturunkan kepada RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad mulai 1 Julai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun