Lelaki positif dadah dicekup di Jalan Bukit Mata

KUCHING – Tindakan pantas pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ketika sedang leka memecah masuk sebuah kediaman di Jalan Bukit Mata, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan pada jam 1.35 pagi di dalam rumah berkenaan hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing turut mendapati lelaki tersebut positif dadah.

“Susulan tangkapan itu, polis telah mendapatkan perintah reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 6 April depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 14 tahun, denda atau sebat bagi kesalahan berulang,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan beberapa kes jenayah lain di sekitar bandar raya ini dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited dalam membanteras jenayah pecah rumah yang menggugat ketenteraman awam.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan dengan memastikan pintu dan tingkap dikunci, serta memasang sistem keselamatan di kediaman masing-masing.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan.

“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444,” ujarnya.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi