Sukan ekstrem serlah potensi belia, promosi pelancongan Sarawak

KUCHING – Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik penganjuran DBKU International X-Games 2026 yang disifatkan sebagai platform terbaik untuk memperkasakan potensi anak muda.

Acara berprestij itu akan dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak serta Canard Group. 

Penganjuran antarabangsa ini bakal berlangsung di Kuching Waterfront bermula dari 8 hingga 12 April 2026 dengan menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai bernilai RM15,200.

Menurut Abdul Karim, beliau amat berbangga kerana susulan kejayaan penganjuran DBKU X-Games pada tahun 2024 dan 2025, edisi kali ini dapat dikembangkan dan tampil dengan skala yang lebih besar serta berprestij. 

Tambah beliau, kejayaan ini turut didorong oleh kolaborasi yang cemerlang bersama Canroll Pro Urban Sports Festival.

“Dengan mengangkat tema ‘Unleash the Action’, acara ini sangat positif kerana ia mencerminkan semangat keberanian, kreativiti serta kemahiran tinggi dalam kalangan atlet sukan ekstrem. Ia juga merupakan satu inisiatif yang hebat dalam meraikan gaya hidup aktif dan dinamik dalam kalangan belia, khususnya di Sarawak,” jelas beliau.

Melihat kepada potensi besar penganjuran ini terhadap sektor pelancongan di bawah MTCP, beliau yakin bahawa acara bertaraf antarabangsa ini yang dijangka menghimpunkan lebih 200 atlet sukan ekstrem dari dalam dan luar negara, mampu menjadikan Kuching sebagai pentas utama bagi aksi sukan ekstrem yang penuh adrenalin.

Beliau berkata demikian ketika sidang media penganjuran acara Canroll Pro Urban Sports Festival 2026 di Kuching pada Isnin. 

Jelasnya lagi, program ini berperanan sebagai medium strategik untuk mempromosikan Sarawak sebagai destinasi utama sukan ekstrem sejajar dengan komitmen berterusan kementeriannya dalam usaha memperkasakan golongan belia serta memperluaskan penglibatan mereka dalam aktiviti sukan yang sihat dan berdaya saing.

“Lebih membanggakan, penganjuran DBKU International X-Games 2026 ini bertujuan menyediakan platform kompetitif kepada atlet sukan ekstrem, khususnya atlet tempatan, untuk mempamerkan bakat di peringkat antarabangsa. Ia juga membuka peluang keemasan kepada mereka untuk bersaing serta bertukar pengalaman dengan atlet luar negara,” kata Abdul Karim.

Sepanjang acara berlangsung, peminat sukan ekstrem akan dihidangkan dengan pelbagai aksi hebat menerusi acara yang bakal dipertandingkan bagi dua kategori iaitu Junior (U15) dan Terbuka. 

Antara acara menarik tersebut ialah Aggressive Rollerblading, BMX Flatland, BMX Stunt, Water Sport, Skateboarding, Pickleball dan Street Basketball.

Bagi memupuk minat seawal usia, penganjur turut mengambil inisiatif proaktif dengan mengadakan bengkel skateboarding dan rollerblading yang terbuka kepada orang ramai. 

Usaha murni ini disasarkan khusus untuk golongan belia yang berminat mempelajari kemahiran asas serta teknik yang betul dalam sukan tersebut.

Menerusi sokongan padu kementerian, DBKU berharap penganjuran acara ini akan terus menyemarakkan lagi semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat serta berjaya memperkukuhkan kedudukan Kuching sebagai sebuah bandar raya yang aktif, progresif dan mesra belia.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis