Perpecahan PH-BN memberi kelebihan kepada pihak lawan

SEBERANG PERAI – Kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan menjadi kunci bagi mengelakkan perpecahan undi menjelang pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, formula kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja praktikal di peringkat negeri, malah terbukti berkesan dalam memastikan kestabilan politik serta kesinambungan pentadbiran.

“Tanpa kerjasama ini, risiko undi berpecah boleh menyebabkan kehilangan kerusi sekali gus memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengambil kesempatan.

“Bagi kami di Pulau Pinang, kami rasakan yang kami akan lebih kuat bersama. Ini semangat yang kita mahu bawa untuk dapat kepercayaan dan sokongan rakyat,” katanya selepas diminta mengulas berhubung kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan di negeri ini. Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pakatan Harapan Pulau Pinang di Bukit Mertajam di sini, malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata, keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini menjadi kekuatan utama yang perlu dipertahankan, terutama dalam menghadapi pelbagai naratif yang dimainkan di media sosial.

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak