Mesir jamin permudah bantuan kemanusiaan dari Malaysia untuk Gaza

PRESIDEN Mesir, Abdel Fattah El-Sisi memberi jaminan dan komitmen untuk memudahkan penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memohon kerjasama dengan Mesir ketika berinteraksi bersama El-Sisi pada 26 Mac lalu.

Menurut beliau, Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini.

“Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya, pada Ahad.

Anwar berkata, ketika dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah,’’ katanya.

Pada 14 Mac, media melaporkan bahawa hampir semua usaha bantuan kemanusiaan melalui lintasan Kerem Shalom iaitu wilayah yang dikuasai Israel berhampiran sempadan Rafah telah ditolak sepenuhnya.

Untuk rekod, Kerem Shalom kekal sebagai satu-satunya lintasan yang masih beroperasi untuk memasuki Gaza.

Manakala lintasan Rafah dan Zikim kekal ditutup sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran pada 28 Feb lepas.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak