Ada keperluan buat Rafizi berundur dari gelanggang politik

AHLI Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli wajar berundur diri daripada gelanggang politik selepas pelbagai pihak melabelkan beliau sebagai menteri gagal di samping disifatkan liabiliti kepada parti sendiri.

Aktivis politik, Faizan Mohd Nor berkata, bekas Timbalan Presiden PKR itu kini semakin sinonim dengan gelaran taja formula yang gagal sehingga menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, pelbagai pihak merasakan janji-janji besar Rafizi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak mampu diterjemahkan kepada hasil ketika memegang portfolio Menteri Ekonomi.

“Program Data Utama (PADU) menjadi antara simbol kegagalan pentadbiran Rafizi, dengan kos perbelanjaan kerajaan mencecah RM85.27 juta.

“Eloklah Rafizi kembali ke dunia korporat berbanding membuat kerja-kerja politik yang menyerlahkan lagi kegagalan beliau sebagai ahli politik.

“Kritikan Rafizi terhadap National Feedlot Corporation (NFC) sebelum ini juga didakwa memberi kesan kepada ketiadaan ladang ternakan lembu berskala besar di negara ini sehingga Malaysia masih bergantung kepada import,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Sebelum ini, Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Profesor Dr Tajuddin Rasdi turut mendakwa Rafizi sebagai liabiliti kepada PH dan politik negara, manakala Angkatan Muda Keadilan (AMK) pernah melabelkannya sebagai hipokrit.

Dalam perkembangan sama, pengasas PKR, Ng Lum Yong, menyifatkan Rafizi sebagai menteri paling gagal sepanjang memegang portfolio Menteri Ekonomi dari Disember 2022 hingga Jun 2025.

Beliau mendakwa Rafizi tidak berjaya menunaikan janji manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain tidak melaksanakan reformasi ekonomi yang diharapkan. 

Related Posts

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

KUALA LUMPUR –  Hasil keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) wajar dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat, bukannya diselewengkan demi kepentingan peribadi, kata Ahli Parlimen Sekijang, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

KERAJAAN perlu meneliti enam perkara utama sebelum mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), termasuk menetapkan kadar munasabah, melindungi golongan berpendapatan rendah dan memastikan ketelusan penggunaan hasil cukai, kata pakar ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama