Polis Saratok berjaya tahan suspek kes curi kenderaan

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kenderaan milik seorang pesara di daerah Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dibuat pada 26 Mac lalu di kawasan ladang sawit Sessang, Kabong hasil siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD).

Menurut beliau, kes bermula apabila mangsa berusia 71 tahun menyedari kereta jenis Perodua Kancil miliknya hilang pada 2 Mac lalu selepas diletakkan dalam keadaan berkunci di kawasan Ulu Roban sehari sebelumnya.

Siasatan mendapati suspek bertindak secara bersendirian dengan menggunakan dawai untuk membuka pintu kenderaan sebelum merosakkan sistem kunci bagi menghidupkan enjin menggunakan pemutar skru.

Polis berjaya mengesan dan merampas semula kenderaan tersebut yang disembunyikan di Jalan Ladang Sawit Jalan Plassu Lama Sungai Pasir, Kabong. Turut dirampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

Hasil soal siasat lanjut turut membawa kepada pengakuan suspek yang mengakui terlibat dalam satu lagi kes kecurian motosikal di kawasan Jambatan Empaong, Roban. Difahamkan, motosikal tersebut telah dileraikan dan sebahagian komponennya disimpan di kediaman suspek.

Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes kecurian dan penyalahgunaan dadah selain didapati positif amphetamine dan methamphetamine melalui ujian saringan air kencing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan suspek akan direman bagi membantu siasatan lanjut termasuk kemungkinan penglibatannya dalam kes jenayah lain.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik