Malaysia, Indonesia sepakat perkukuh diplomasi redakan konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh usaha diplomasi bagi meredakan konflik di Asia Barat, selain melindungi nyawa orang awam serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui dalam pertemuan beliau dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, sempena lawatan khas beliau ke Jakarta, semalam.

Menurut beliau, kedua-dua negara turut bersetuju untuk bekerjasama dalam melindungi keselamatan orang awam serta menggalakkan usaha dialog bagi mencapai penyelesaian konflik secara damai.

Anwar berkata, kestabilan rantaian bekalan global serta laluan perdagangan strategik, termasuk Selat Hormuz, perlu dipastikan tidak terjejas.

“Saya turut maklumkan interaksi dengan rakan-rakan pimpinan antarabangsa sebagai usaha menyatakan solidariti, menyelaras pandangan selain meneliti dampak global, khususnya dalam aspek tenaga dan keselamatan serantau.

“Malaysia kekal dengan pendirian tegas, menolak keganasan, menjunjung undang-undang antarabangsa dan menggesa semua pihak kembali kepada jalan damai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna itu turut membuka ruang perbincangan konstruktif antara kedua-dua pemimpin bagi mencari titik persamaan dalam mendepani konflik di Asia Barat yang kini memberi tekanan terhadap keselamatan tenaga serta kestabilan ekonomi global.

“Dalam ketidaktentuan global yang kian meruncing, Malaysia dan Indonesia menegaskan keperluan memperkukuh kesepaduan serantau yang berprinsip bagi memelihara keamanan, menjamin kestabilan serta memperkukuh daya tahan ekonomi demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco