‎Ruddy sambut baik keputusan mahkamah batalkan petisyen Harun ‎

PITAS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah, menyambut baik keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan petisyen dikemukakan calon Warisan, Datuk Harun Ismail.

‎Ruddy berkata, beliau bersyukur dengan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai adil serta berlandaskan undang-undang.

‎”Semua pihak termasuk pempetisyen wajar menghormati keputusan berkenaan dan menerimanya dengan hati terbuka.

‎“Dengan menghormati keputusan mahkamah, ia bukan sahaja menghentikan tuduhan atau fitnah, malah membantu meredakan ketegangan dalam kalangan penyokong,” katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

‎Tegas Ruddy, keutamaannya ketika ini adalah memperkukuh perpaduan serta kerjasama dalam kalangan warga Pitas bagi menyokong usaha beliau menambah baik kemudahan asas di daerah itu.

‎Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Wong Siong Tung, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya, membuat keputusan itu secara dalam talian selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan Ruddy bersama dua lagi responden.

‎Sementara itu, peguam mewakili Ruddy, Shahlan Jufri berkata, mahkamah turut memerintahkan pempetisyen membayar kos RM15,000 kepada Ruddy serta tambahan RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga.

‎Harun, 66, memfailkan petisyen pada 23 Disember tahun lalu dengan menamakan Ruddy, 57, sebagai responden pertama; Pegawai Pengurus bagi kawasan Pitas sebagai responden kedua; dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga.

‎Dalam petisyennya, Harun memohon pengisytiharan bahawa Ruddy tidak dipilih secara sah sebagai ADUN Pitas, selain menuntut keputusan pilihan raya pada 29 November 2025 dibatalkan serta perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

‎Pada Januari lalu, semua responden memfailkan bantahan awal bagi membatalkan petisyen berkenaan atas alasan antaranya kegagalan mengemukakan butiran mencukupi berkaitan dakwaan rasuah serta kekurangan fakta berhubung dakwaan salah laku.

‎Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah lalu, Ruddy memperoleh 5,754 undi dalam pertandingan enam penjuru dengan majoriti 1,565 undi, manakala Harun meraih 4,189 undi.

Related Posts

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran