Raja Perlis bersama 1,000 jemaah tunaikan solat Istisqa

ARAU – Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Dataran Istiadat, Istana Arau di sini hari ini sebagai ikhtiar memohon hujan susulan kemarau dan cuaca panas yang semakin meruncing di negeri ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat tersebut bersama rakyat, diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Solat bermula pukul 8 pagi itu diimamkan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Ahmad Sirajuddin Abdul Satar sebelum disusuli dengan khutbah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pelaksanaan solat tersebut dibuat atas titah Tuanku Syed Sirajuddin berikutan keadaan cuaca panas yang masih berterusan di negeri ini.

Menurutnya, langkah tersebut merupakan antara usaha memohon rahmat hujan daripada Allah selain mengajak umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki amalan.

“Dalam masa sama, seluruh negeri ini akan melaksanakan doa Istisqa dalam khutbah Jumaat bermula esok.

“Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengingatkan umat Islam supaya memperbanyakkan bacaan doa Istisqa agar Allah mengurniakan hujan,” katanya.

Perlis ketika ini berdepan cuaca panas terik dan amaran gelombang haba, dengan paras simpanan air empangan dilaporkan berada pada tahap amaran iaitu 37.31 peratus.

Related Posts

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri komited memperkukuh agenda pembangunan rendah karbon sebagai strategi utama memacu pertumbuhan ekonomi mampan, meningkatkan daya tahan negeri dan menarik lebih banyak pelaburan berkualiti selaras dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan aktiviti penjajaan dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekolah di seluruh Seberang Perai bermula tahun depan. Datuk Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini

Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini