Malaysia hargai laluan Iran kepada kapal minyak negara

PUTRAJAYA – Malaysia merakamkan penghargaan kepada Iran kerana membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus membolehkan kapal berkenaan serta pekerja yang terlibat meneruskan perjalanan pulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan awal yang diberikan oleh Iran itu amat dihargai Malaysia.

“Saya ambil kesempatan juga ucapkan terima kasih kepada Presiden Iran (Masoud Pezeshkian), kerana awal memberi laluan dan sekarang kita dalam proses untuk melepaskan kapal minyak Malaysia dan pekerja yang terlibat supaya dapat meneruskan perjalanan mereka pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas mengenai langkah strategik menangani krisis tenaga susulan perang di Asia Barat, hari ini.

Anwar berkata, Malaysia turut menerima kesan daripada konflik di rantau berkenaan serta sekatan di Selat Hormuz yang menjejaskan bekalan tenaga global.

“Tapi untuk kita sekarang, kita terpaksa tangani kerana kesan daripada sekatan di Selat Hormuz, kemudian peperangan, bekalan minyak dan gas yang terhenti, semuanya ada kesan kepada kita, walaupun sekali lagi saya katakan, kita dalam keadaan yang jauh lebih baik kerana keupayaan Petronas selama ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan tetap perlu mengambil langkah sewajarnya kerana negara tidak terlepas daripada kesan krisis tersebut.

“Bekalan makanan terjejas, harga tentunya akan meningkat. Baja juga begitu, tentunya minyak dan gas. Jadi, ada langkah-langkah yang perlu kita ambil.

“Ada negara-negara yang jauh lebih parah kesannya dari kita, tetapi ini tidak bermakna kita terlepas semuanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat memahami langkah yang diambil kerajaan bagi menangani tekanan yang berpunca daripada krisis berkenaan.

“Dan kita nak ambil beberapa juga langkah yang saya mohon sangat-sangat kerjasama rakyat supaya memahami. Ini langkah yang kita ambil, terpaksa ambil kerana tekanan yang kita hadapi dan saya percaya ada yang akan membuat pelbagai tohmahan dan tafsiran yang tak boleh kita elak.

“Tapi percayalah, saya tidak mahu rakyat merasa tertekan dan langkah-langkah kita itu sangat teliti dan berhemah,” katanya.

Related Posts

Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang disifatkan gagal melaksanakan peranan semak dan imbang, selepas tidak menyertai perbahasan Sidang Khas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

TATKALA Ahli Parlimen Pas memilih meninggalkan Dewan Rakyat ketika Sidang Khas membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) baru sahaja bermula, Ahli Parlimen Bersatu nampaknya mengambil pendirian berbeza…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat