Raja Perlis bersama 1,000 jemaah tunaikan solat Istisqa

ARAU – Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Dataran Istiadat, Istana Arau di sini hari ini sebagai ikhtiar memohon hujan susulan kemarau dan cuaca panas yang semakin meruncing di negeri ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat tersebut bersama rakyat, diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Solat bermula pukul 8 pagi itu diimamkan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Ahmad Sirajuddin Abdul Satar sebelum disusuli dengan khutbah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pelaksanaan solat tersebut dibuat atas titah Tuanku Syed Sirajuddin berikutan keadaan cuaca panas yang masih berterusan di negeri ini.

Menurutnya, langkah tersebut merupakan antara usaha memohon rahmat hujan daripada Allah selain mengajak umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki amalan.

“Dalam masa sama, seluruh negeri ini akan melaksanakan doa Istisqa dalam khutbah Jumaat bermula esok.

“Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengingatkan umat Islam supaya memperbanyakkan bacaan doa Istisqa agar Allah mengurniakan hujan,” katanya.

Perlis ketika ini berdepan cuaca panas terik dan amaran gelombang haba, dengan paras simpanan air empangan dilaporkan berada pada tahap amaran iaitu 37.31 peratus.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau