Ahli Parlimen Mukah hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Dalat

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Senau Oya, Dalat, pada Khamis.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada mangsa, Mohd Faris Abdullah, melalui wakil beliau bersama kakitangan Pusat Khidmat Mukah serta sukarelawan.

Menurutnya, bantuan yang diberikan merangkumi keperluan asas, makanan serta wang tunai bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa yang terjejas akibat kebakaran tersebut.

“Diharapkan mangsa dan ahli keluarga terus tabah menghadapi ujian dan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keperluan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hanifah turut menyeru orang ramai serta pihak berkaitan agar tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

Turut hadir sama, wakil Jawatankuasa Bencana Daerah Dalat, Felicia Anak Serai dan Ketua Kaum Kampung Senau, Mohd Affendi Ketam.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis