Ahli Parlimen Mukah hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Dalat

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Senau Oya, Dalat, pada Khamis.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada mangsa, Mohd Faris Abdullah, melalui wakil beliau bersama kakitangan Pusat Khidmat Mukah serta sukarelawan.

Menurutnya, bantuan yang diberikan merangkumi keperluan asas, makanan serta wang tunai bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa yang terjejas akibat kebakaran tersebut.

“Diharapkan mangsa dan ahli keluarga terus tabah menghadapi ujian dan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keperluan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hanifah turut menyeru orang ramai serta pihak berkaitan agar tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

Turut hadir sama, wakil Jawatankuasa Bencana Daerah Dalat, Felicia Anak Serai dan Ketua Kaum Kampung Senau, Mohd Affendi Ketam.

Related Posts

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan menjadikan sebuah pondok di kaki lima kedai makan di Pekan Roban sebagai lokasi menjual nombor loteri awam haram membawa padah apabila dia ditahan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekurangan 90,000 pegawai marin dunia buka peluang besar kepada anak Sabah

KOTA KINABALU – Kekurangan kira-kira 90,000 pegawai dan jurutera marin di seluruh dunia membuka peluang besar kepada generasi muda Sabah untuk menceburi industri maritim yang semakin memerlukan tenaga kerja mahir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini

Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini

Hutang masih terkawal, defisit mengecil empat tahun berturut-turut – MoF