Lelaki tempatan dicekup Maritim Kudat bawa dadah

KUDAT – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki membawa bahan dadah menggunakan bot tanpa nombor pendaftaran dalam operasi khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat, pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, tangkapan lelaki berusia 32 tahun itu dibuat hasil risikan pihaknya sebelum bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi berhampiran 0.3 batu nautika barat daya Terminal Jeti Feri Kudat.

“Suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan menaiki bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran.

‘’Pemeriksaan lanjut menemui dua bungkusan kecil berisi hablur putih yang disyaki dadah,’’ kongsinya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Menurut Hasbullah, susulan penahanan itu, bot beserta suspek diiring masuk ke Jeti Marina Kudat sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Kudat untuk tindakan lanjut.

‘’Operasi berkenaan dilaksanakan menerusi Op Sejahtera dan Op Khas Pagar Laut, yang sedang giat dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan di perairan negara.

‘’Nilai keseluruhan dadah dianggarkan berjumlah RM1,500 dan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki bahan disyaki dadah, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah susulan kegagalan mempamerkan lesen bot yang sah,” ujarnya.

Dalam pada itu Hasbullah menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah di laut, khususnya pengedaran dadah yang dilihat semakin membimbangkan.

Beliau turut menggesa komuniti maritim agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858, bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

TELUK INTAN – Tindakan seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang terhadap seorang wanita membawa padah apabila ditahan polis di Slim River, awal pagi Selasa. Suspek berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyangkal dakwaan berhubung isu keselamatan, kelewatan, beban kos pemilikan serta kemudahan infrastruktur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil. Timbalan Menteri KPKT,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei