Kakitangan KKM merokok di restoran dikompaun

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu yang tular merokok di sebuah premis makanan di Rawang, adalah penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, kompaun telah dikenakan terhadap individu itu mengikut Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kerana merokok di tempat makan.

Katanya, tindakan tatatertib dalaman akan turut diambil selaras Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.

KKM menegaskan premis makanan merupakan antara 28 kawasan larangan merokok yang diwartakan bagi melindungi kesihatan awam.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang melanggar undang-undang.

“KKM akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, adil dan konsisten,” menurut kenyataan itu lagi, lapor Bernama.

Terdahulu, tular dakwaan dalam media sosial bahawa seorang kakitangan KKM merokok di sebuah restoran di Rawang.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merakamkan penghargaan kepada individu yang tampil melaporkan kejadian berkenaan.

Beliau menegaskan tiada mana-mana pihak mengatasi undang-undang, termasuk warga KKM sendiri yang seharusnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

“Saya telah mengarahkan tindakan tegas diambil serta-merta. Individu terbabit telah dikenakan kompaun di bawah Akta 852 dan akan berdepan tindakan tatatertib,” katanya menerusi hantaran di akaun rasmi X miliknya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya membantu melaporkan kejadian seumpama itu melalui saluran rasmi, termasuk akaun X @KKMPutrajaya sekiranya berlaku di mana-mana premis larangan merokok.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian