Pemain letih antara punca Liverpool tewas

LEGENDA Liverpool, Steven Gerrard bimbang situasi dihadapi pasukan itu selepas tumbang kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Kekalahan tersebut adalah yang ke-10 buat Liverpool musim ini, sekali gus mencatatkan rekod terburuk kelab itu dalam tempoh sedekad.

Menurutnya, pengendali pasukan, Arne Slot kini berdepan dilema kekurangan ‘kedalaman skuad’ untuk bersaing secara konsisten.

Meskipun Liverpool berbelanja melebihi £400 juta sebelum musim bermula dengan membawa masuk bintang seperti Florian Wirtz, Alexander Isak dan Ekitike, Gerrard berpendapat Slot masih kekurangan pilihan di bangku simpanan untuk melakukan penggiliran pemain.

“Kita melihat perkara ini berlaku beberapa kali musim ini. Mereka meletakkan usaha yang sangat besar dan beraksi cemerlang di Liga Juara-Juara.

“Namun, segala emosi, tenaga dan intensiti yang digunakan untuk menang dalam perlawanan tengah minggu memberi kesan besar kepada mereka pada hujung minggu.

“Mereka tidak mempunyai pilihan yang mencukupi dalam skuad atau di bangku simpanan untuk melakukan perubahan besar bagi membawa tenaga atau kualiti yang sama seperti perlawanan sebelumnya,” katanya.

Tambah Gerrard, ketiadaan Mohamed Salah dan Isak akibat kecederaan ketika ini memaksa Slot menggunakan pemain yang sama, sekali gus memakan diri apabila pemain mula keletihan.

Dalam pada itu, Slot mengakui beliau kini berada dalam tekanan meskipun berjaya membimbing Liverpool menjulang trofi liga musim lalu.

“Sentiasa ada tekanan di Liverpool, baik kepada saya mahupun pemain. Ia perkara biasa.

“Walaupun saya kecewa dengan kekalahan tersebut, aksi di tempat lawan menentang Brighton sentiasa sukar.

“Namun, kelab seperti Liverpool sepatutnya mampu mencatatkan keputusan lebih baik,” ujar Slot.

Related Posts

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

KOBBIE Mainoo muncul wira Manchester United apabila meledak gol kemenangan 3-2 ke atas musuh tradisi, Liverpool, sekali gus mengesahkan kepulangan The Red Devils ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gol Gyokeres bantu Arsenal kembali kuasai EPL

VIKTOR Gyokeres dan Bukayo Saka membantu Arsenal membelasah Fulham 3-0 untuk terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Skuad kendalian Mikel Arteta itu meledak tiga gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya