Anggota pengukuran sempadan hilang dihanyut arus deras di Lawas

LAWAS – Seorang petugas pengukuran sempadan dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika berada di Sungai Ulu Temburong, berhampiran sempadan Malaysia-Brunei, pada Selasa.

Mangsa, Donysius Gabriel Goh, 36, berada di lokasi berkenaan bersama lima rakan setugas bagi menjalankan operasi pengukuran sempadan antarabangsa.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 9.19 malam Rabu.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang Selasa, kesemua petugas terbabit bergerak dari ‘Base Camp’ ke Sungai Ulu Temburong untuk menjalankan aktiviti riadah iaitu mencari ikan.

Bagaimanapun, pada kira-kira jam 8.30 malam, hujan lebat menyebabkan arus sungai menjadi semakin deras, lalu mereka mengambil keputusan untuk bermalam serta mendirikan khemah di kawasan yang lebih selamat berhampiran sungai.

Ketika cuba menyeberangi sungai menuju ke tapak perkhemahan yang telah dikenal pasti, salah seorang daripada mereka telah dihanyutkan arus deras sebelum hilang dari pandangan.

Rakan-rakan mangsa yang terselamat kemudiannya melakukan pencarian awal di sekitar lokasi kejadian pada malam yang sama, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

Pencarian diteruskan pada keesokan hari oleh lima anggota di kawasan sekitar dalam lingkungan 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, tetapi mangsa masih belum ditemui.

Kesemua lima anggota itu kemudian selamat kembali ke ‘Base Camp’ untuk memaklumkan kejadian serta mendapatkan bantuan lanjut daripada pihak berkuasa.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah