IPD Kota Kinabalu rekod 214 kes ‘scam’, kerugian RM11.12 juta

KOTA KINABALU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu merekodkan sebanyak 214 kes penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian RM11.12 juta bagi tempoh Januari hingga 15 Mac 2026.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, secara keseluruhan sebanyak 290 kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Kota Kinabalu, melibatkan jumlah kerugian RM14.628 juta.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 46 kes penipuan pembelian e-dagang melibatkan kenderaan direkodkan dengan jumlah kerugian RM328,888.

“Modus operandi sindiket adalah dengan menyalin iklan kenderaan milik individu yang diiklankan di media sosial seperti Facebook dan Mudah.my sebelum mengiklankannya semula pada harga lebih murah.

“Apabila mangsa berminat, suspek akan berunding harga dan mengarahkan mangsa ke alamat pemilik asal untuk melihat kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Menurutnya, pada masa sama sindiket turut berurusan dengan pemilik kenderaan dengan menyatakan minat untuk membeli serta memaklumkan akan menghantar wakil bagi melihat keadaan kenderaan.

“Selepas mangsa berpuas hati dan bersetuju membeli, sindiket akan meminta bayaran dibuat terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, selepas bayaran dibuat, pemilik sebenar enggan menyerahkan kenderaan kerana tidak menerima bayaran, manakala sindiket menghilangkan diri dan menyekat panggilan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket bertindak sebagai orang tengah dan tidak pernah berjumpa secara bersemuka dengan mangsa atau pemilik kenderaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan iklan di media sosial terutama yang menawarkan harga terlalu murah serta membuat semakan pemilik kenderaan sebelum melakukan sebarang urus niaga.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam urusan tempahan homestay melalui iklan media sosial dengan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

Katanya, terdapat sindiket yang mengambil kesempatan menipu orang awam dalam tempahan homestay di kawasan bandar dan lokasi pelancongan khususnya ketika musim cuti sekolah dan perayaan.

Sehubungan itu, orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia