SKAS 2026: Bantuan isi rumah naik kepada RM950

SIBU – Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 disifatkan sebagai manifestasi keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan yang memerlukan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, langkah tersebut jelas mencerminkan iltizam kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan golongan sasar sentiasa terbela dan tidak dipinggirkan.

Sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar bantuan bagi beberapa kategori utama.

“Tahun ini, kita membawa berita gembira apabila nilai bantuan bagi kategori isi rumah telah dinaikkan kepada RM950 berbanding RM800 sebelum ini.

“Bagi kategori warga emas dan mahasiswa pula, jumlah bantuan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM500, manakala individu bujang kini menerima RM300 berbanding RM250,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran SKAS 2026 peringkat DUN Dudong di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Tiong menaruh harapan tinggi agar peningkatan peruntukan tersebut dapat melengkapkan keperluan asas harian rakyat yang kian mencabar.

Beliau turut menitipkan pesanan agar setiap penerima membelanjakan bantuan kewangan yang disalurkan secara berhemah.

“Saya berharap semua penerima memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya dan menggunakannya untuk perkara yang benar-benar mustahak, khususnya bagi memenuhi keperluan asas keluarga masing-masing,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi