Karnival Bazar Ramadan Sibujaya jadi medan perpaduan komuniti

SIBU – Penganjuran Karnival Bazar Ramadan dan Majlis Iftar 1447H di Sibujaya di sini, terus menjadi platform penting dalam mengeratkan perpaduan serta memupuk semangat kebersamaan masyarakat berbilang kaum setempat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, program seumpama itu bukan sahaja membuka peluang ekonomi kepada peniaga kecil di kawasan sekitar, malah menggalakkan sokongan berterusan terhadap perniagaan tempatan.

Beliau sebelum itu turut meluangkan masa hadir berbuka puasa bersama masyarakat dan pemimpin setempat bagi memeriahkan program berkenaan.

Kemeriahan program tersebut jelas dirasai apabila ia turut menjadi medan interaksi sosial yang menyatukan komuniti sekeliling, di samping menghidupkan suasana bulan mulia.

Bagi usahawan, Nurul Ainna Fauzi, 32, program itu memberi ruang kepada masyarakat untuk saling berkenalan dan bertanya khabar.

“Program ini bukan sahaja untuk orang Islam, malah seluruh masyarakat boleh datang bersama-sama. Kawan-kawan lama yang sudah lama terputus hubungan juga boleh bertemu semula di sini.

“Dengan adanya inisiatif seperti ini, masyarakat dapat saling mengenali dan bertegur sapa tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama,” katanya.

Sementara itu, penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Sharifah Saidatul Saadiah, 24, menyifatkan karnival berkenaan sebagai inisiatif terbaik untuk memperkukuhkan lagi keharmonian kaum di negeri ini.

“Ia satu program yang sangat unik. Golongan bukan Islam juga boleh membeli pelbagai juadah dan kita makan bersama-sama. Perkara ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang dan mengeratkan silaturahim masyarakat majmuk di Sarawak.

“Saya berharap program interaksi sosial seperti ini akan dijadikan acara tahunan pada masa akan datang,” ujarnya ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar di Stadium Komuniti Azman Hashim Sibujaya pada Ahad.

Untuk rekod, karnival berkenaan dianjurkan bersama oleh Pusat Khidmat DUN Dudong dan Lions Club of Sibu Loving Care, bermula sejak 19 Februari lalu dan berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini.

Menariknya, sebanyak 35 gerai mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan termasuk menu berkonsepkan Cina seperti dim sum, kompia dan wantan halal, selain juadah popular tempatan seperti sate, nasi beriani serta roti canai.

Inisiatif serampang dua mata ini terbukti bukan sahaja berjaya merancakkan ekonomi setempat, malah terus memupuk keharmonian kukuh dalam komuniti.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula