Petisyen Pandikar ditolak mahkamah, Fairuz kekal ADUN Pintasan

KOTA KINABALU – Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen pilihan raya yang mencabar kemenangan ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan bagi kerusi DUN tersebut, pada Jumaat.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Farisz Gohim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang turut bertanding bagi kerusi DUN tersebut semasa Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah, November tahun lalu.

“Saya dengan ini memutuskan bahawa responden, Fairuz Renddan, dipilih dengan sah sebagai wakil rakyat bagi kawasan Pintasan,” kata hakim.

Dalam pada itu, mahkamah turut mengarahkan agar Pandikar membayar kos RM10,000 kepada Fairuz.

Selain itu, mahkamah turut menerima beberapa bantahan awal yang dibuat Fairuz, antaranya ialah berkenaan petisyen yang gagal menyatakan keputusan pilihan raya.

Fairuz ketika ditemui pemberita selepas keputusan mahkamah membatalkan petisyen yang difailkan terhadap beliau turut berkongsi rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersamanya sejak awal hingga kini.

“Terima kasih, saya sangat bersyukur, sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa lagi mahu dicakapkan tapi dari lubuk hati saya, saya sangat berterima kasih kepada semua, kepada undang-undang, kepada pasukan peguam yang bersama-sama membantu saya dan kepada semua yang bersama saya.

“Saya akan fokus dengan kerja-kerja sebagai wakil rakyat di Pintasan, seperti biasa dan saya akan terus majukan Pintasan, seperti yang saya janjikan dan laksanakan sejak penggal pertama saya menjadi wakil rakyat lagi.

“Saya sentiasa berdoa memohon kesejahteraan untuk Pintasan dan semua rakyat di sana kerana saya berdiri sebagai wakil rakyat, kerana mereka memilih dan mahu saya memperjuangkan suara mereka,” katanya.

Terdahulu, pada 22 Disember 2025, Pandikar memfailkan petisyen itu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa Fairuz tidak dipilih secara sah sebagai ADUN Pintasan.

Sebagai rekod, PRU DUN Sabah ke-17 pada 29 November tahun lalu, Fairuz memenangi kerusi DUN Pintasan dalam pertandingan 11 penjuru dengan 4,675 undi dengan majoriti 1,070.

Turut hadir, peguam yang mewakilinya Rizwandean M Borhan bersama Al-Hafidz Lokman dan Khalid Murshidi.

Related Posts

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dengan memperkukuh pemantauan dan menggerakkan semua agensi berkaitan susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Tawau sejak Jumaat.‎‎Ketua Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JOM MALAYSIA dijangka pacu produk Sabah ke persada antarabangsa

SANDAKAN – Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa, selaras dengan aspirasi ‘local to…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎

‎Kerajaan Negeri perkukuh kesiapsiagaan, bantuan segera digerakkan kepada mangsa banjir Tawau ‎

Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

JOM MALAYSIA dijangka pacu produk Sabah ke persada antarabangsa

JOM MALAYSIA dijangka pacu produk Sabah ke persada antarabangsa

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor