‎Sabah kurangkan kebergantungan tenaga konvensional ‎

TUARAN – Kerajaan Negeri komited untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional dengan beralih kepada sistem tenaga yang lebih pelbagai, lestari, dan mesra alam.

‎Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, langkah tersebut selari dengan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang menjadi kompas strategik dalam merancang masa depan tenaga negeri secara holistik.

‎”Usaha memperluaskan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) seperti solar dan hidro bukan sahaja bertujuan mengimbangi campuran tenaga negeri, malah membina daya tahan kental dalam menghadapi cabaran global serta krisis iklim.

‎“Usaha ini adalah pelaburan kita bagi memastikan Sabah kekal hijau dan makmur untuk dekad-dekad akan datang.

‎“Sektor tenaga berdiri sebagai nadi paling kritikal dalam menjayakan agenda besar di bawah kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Projek Solar Skala Besar 15 Megawatt (MW) Tuaran dan Iftar Ramadan Sabah Energy Corporation (SEC) di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik pada Khamis.

‎Projek solar tersebut merupakan projek kedua milik SEC selepas kejayaan projek 5MW di Labuan, sekaligus membuktikan kredibiliti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dalam menerajui sektor tenaga boleh baharu.

‎Mengulas lanjut, Hajiji berkata, projek berkenaan bukan sekadar menambah kapasiti 15MW kepada sistem tenaga negeri, malah membawa signifikan besar dalam transformasi struktur tenaga Sabah.

‎”Projek ini turut memberi impak langsung kepada ekonomi setempat dengan penglibatan 150 tenaga kerja sepanjang fasa pembinaan, termasuk anak watan Sabah.

‎“Apabila beroperasi sepenuhnya, ia dijangka mewujudkan 50 peluang pekerjaan baharu merangkumi bidang operasi, penyelenggaraan, teknikal, dan sokongan pentadbiran.

‎“Inilah intipati pembangunan di bawah SMJ 2.0 iaitu pertumbuhan yang bukan sekadar angka, tetapi menjana peluang pekerjaan dan memberi limpahan ekonomi terus kepada komuniti,” tegasnya.

‎Tambah Hajiji, projek berkenaan turut memberi isyarat jelas bahawa Sabah komited memperkukuh keselamatan tenaga negeri tanpa mengetepikan aspek pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing